Sunday, April 6, 2008

Slump Test

Perbezaanya antara Cube test:
1. Alatan yang digunakan.
2. Cara kerja.
3. Cara menetukan mutu.

Tujuanya:
Memastikan ketekalan (consistency) bancuhan konkrit disampping mengawal kekuatanya, disamping menetukan bahawa bancuhan itu mengandungi jumlah air yang lebih kurang sama, tidak terlalu cair atau terlalu kering.

Kaedah kerja:
1. Acuan diletakkan di atas lantai yang rata dan dibasahkan
Terlebih dahulu sebelum diisikan bancuhan konkrit.

2. Sampel konkrit yang hendak diuji mestilah diambil daripada . bancuhan yang baru dibuat.Sampel yang diambil hendaklah
diisi secara berlapis dalam tiga lapis dengan tiap- tiap lapis
dicucuk dengan rod besi sebanyak 25 kali sebelum lapisan
yang berikutnya diisikan.

3. bila acuan penuh diisi, permukaan konkrit digelek rata
dengan rod besi tadi.

4. acuan ditarik keluar secara tegak dan diletakkan disebelah
specimen konkrit.penurunan yang berlaku ialah ukuran
tinggi antara specimen dengan acuan tersebut.


Konkrit yang dibancuh cair mengalami penurunan yang lebih dibandingkan dengan penurunan bagi bancuhan konkrot yang kurang air.

Jenis konkrit yang berlainan memerlukan penurunan yang tertentu untuk menjamin pencapaian kekuatan konkrit yang dikehendaki.

Contoh:

Jenis kerja konkrit
Penurunan
1) Konkrit biasa yang tidak bertetulang
25-50 mm
2) Tembok penahan dan tiang
75-125 mm
3)Rasuk dan tapak
50-100 mm
4)Kerja jalan dan lantai
25-100 mm




No comments: