Sunday, April 6, 2008

IKLIM MONSUN TROPIKA




Definasi:

Iklim monsun tropika ialah iklim di mana iklim yang mempunyai satu musim kering yang nyata dan satu musim lembab yang nyata, hujan tahunan adalah lebat tetapi taburanya adalah tidak sekata.


CIRI-CIRI IKLIM MONSUN TROPIKA:

1) Iklim ini mempunyai suhu di antara 25˚C hingga 30˚C sepanjang tahun.

2) Julat suhu tahunan adalah besar iaitu 6˚C.

3) Iklim ini mempunyai satu musim kering yang nyata dan satu musim lembab yang nyata.

4) Hujan tahunan adalah lebat tetapi taburannya adalah tidak sekata sepanjang tahun iaitu di antara 1500mm hingga 2030mm.

5) Musim hujan berlaku semasa musim panas apabila angina monsun lembab bertiup dari laut ke darat.

6) Musim kering yang nyata berlaku apabila angin monsun kering bertiup dari darat ke laut.

7) Kebanyakan hujan turun dalam bentuk hujan bukit.

8) Kawasan-kawasan yang mengalami iklim ini ialah Myanmar, neagara thailand(kecuali selatan thai),kemboja,laos,Vietnam,utara Filipina(kecuali Mindanao),jawa timur,dan Nusa Tenggara.













Jenis iklim ini juga dialami di:


i) India.

ii) Bangladesh.

iii) Utara dan timur Sri Lanka.

iv) Pakistan.

v) Sebahagian China Selatan.



Ciri-ciri:

a) Min suhu tahunan tinggi iaitu kira-kira 27˚.

b) Julat suhu tahunan kira-kira 5.5˚C.

c) Purata hujan tahunan antara 1000mm hingga 2000mm.

d) Mempunyai tiga musim yang nyata.





















Musim sejuk dan kering:


i) Terjadi dari bulan Oktober hingga Februari

ii) Angin monsun timur laut bertiup dari kawasan Punjab (tekanan tinggi) ke arah teluk Belangga dan membawa sedikit hujan.

iii) Suhu rendah iaitu kira-kira 24˚C. Suhu di kawasan yang terletak lebih ke utara boleh turun sehingga 10˚C.




Musim panas dan kering:

i) Terjadi dari bulan Mac hingga pertengahan Jun.

ii) Suhu semakin naik kerana matahari bergerak ke arah garisan sartan.

iii) Suhu kira-kira 29˚C

iv) Keadaan kering dan menerima kira-kira 50mm hujan sebulan






















Musim panas dan lembab:


i) Terjadi pada pertengahan bulan Jun hingga September.

ii) Suhu naik sehingga terdapat satu kawasan tekanan rendah di barat laut India.

iii) Angin monsun Barat Daya bertiup ke arah kawasan tekanan rendah ini melalui Laut Arab dan membawa banyak hujan.

iv) 95% daripada jumlah hujan tahunan turun dalam musim ini.

































Lat/Long = 12.53o N, 74.52o EPURATA SUHU TAHUNAN(oC) = 27.05BEZA SUHU TAHUNAN (oC) = 3.6JUMLAH HUJAN TAHUNAN(mm) = 3409.2HUJAN MUSIM PANAS (mm) = 3115.9HUJAN MUSIM DINGIN (mm) = 293.3




KAWASAN
· BARAT DAYA INDIA,
· Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar (Burma),
· Barat Daya Afrika,
· Timur Laut dan Barat Laut Brazil.

Faktor Yang Mempengaruhi:
· Bentuk muka bumi seperti jauh dari laut,
· Kedudukan tempat di garisan longitud dan latitude.





Ciri-ciri:
· Hujan lebat pada waktu panas/musim kemarau
· Suhu yang tinggi sebelum hujan



Factor-faktor yang mempengaruhi suhu:

i) Suhu yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa tinggi serta setara sepanjang tahun.


ii) Semakin jauh dari garisan khatulistiwa,semakin rendah min suhu tahunan dan semakin tinggi julat suhu tahunan.


Keadaan kepulaan dan benua:

i) Asia tenggara dikelilingi oleh laut yang luas dan keadaan ini telah wujudkan keadaan kebenuaan dan kepulauan.

ii) Kawasan yang terletak berhampiran dengan laut yang mengalami suhu yang sederhana dengan julat suhu yang rendah.

iii) Kawasan yang terletak jauh dari laut seperti pedalaman tanah besar asia tenggara mengalami suhu yang melampau.











iv) Suhu dikawasan pinggir pantai tidak terlalu tinggi pada waktu siang dan tidak terlalu rendah pada waktu malam.

v) Pada waktu siang laut yang lambat menerima haba berupaya merendahkan suhu dikawasan pinggir pantai.

vi) Pada waktu malam,laut yang lambat kehilangan haba dapat meninggikan suhu dikawasan pinggir pantai


vii) Pada waktu siang,suhu dikawasan pinggir pantai lebih rendah daripada suhu dikawasan pendalaman

viii) Pada waktu malam,suhu dikawasaan pinggir pantai lebih tinggi daripada suhu di pedalaman


ix) Suhu di kawan pinggir pantai bersifat kepulauan dan kebenuaan.

x) Suhu dikawasan pendalaman bersifat kebenuaan seperti dataran tinggi korat,dataran tinggi shan, dan zon kering.


xi) Julat suhu harian di kawasan pendalamn adalah lebih besar

xii) Kawasan pinggir laut juga dipengaruhi oleh bayu laut pada waktu siang dan bayu barat pada waktu malam


xiii) Bayu laut dapat merendahkan suhu pada waktu siang di kawasan pinggir pantai.











Ketinggian:


i) Kawasan tanah tinggi mengalami suhu yang lebih rendah daripada kawasan tanah pamah.

ii) Suhu turun pada kadar 1˚ C bagi setiap kenaikan 165m tinggi.






































FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUJAN MONSUN TROPIKA




1.Suhu:

i) Suhu yang tinggi menyebabkan kadar sejatan dan kelembapan yang tinggi.

ii) Kadar sejatan yang tinggi pada waktu siang menyebabkan pembentukan hujan perolakan terutamanya dikawasan yang beriklim khatulistiwa.

iii) Suhu yang tinggi semasa kejadian ekuinoks menyebabkan hujan perolakan turun dengan lebat selepas kejadian ekuinoks.

iv) Tempat seperti kuala Lumpur menerima hujan maksimum dalam bulan april dan oktober semasa peralahan monsun.


2.System angin monsun:


i) Angin monsun terbentuk akibat perbezaan tekanan udara yang terdapat di benua asia di hemisfera utara dan benua Australia di hemisfera selatan.
-hemisfera utara: angin monsun barat daya (Mei-Sept)dan angin monsun timur laut (Nov-Mac)
-hemisfera selatan: angin monsun tenggara (Mei-Sept)dan angin monsun barat laut(Nov-Mac)












3.Angin tempatan:



i) Angin taufan bertiup dari timur ke barat di antara bulan jun hingga November

ii) Angin taufan ini membawa hujan lebat ke filipina utara dan Vietnam

iii) Angin ini berasal dari lautan Pasifik dan bertiup dengan kelajuan 100 km sejam.

iv) Angin kencang ini boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa penduduk.

v) Angin sementara berasal dari lautan hindi di sebelah pantai barat Sumatera dan bertiup ke semenanjung Malaysia di antara bulan Mei hingga Semtember.

vi) Angin tempatan ini membawa hujan lebat ke pantai barat semenanjung Malaysia.iaitu di antara Pelabuhan Klang dan Johor Bahru.
























Bentuk muka bumi:


i) Banjaran gunung seperti Arakan Yoma,Banjaran Tenasserim dan Banjaran Barisan menghalang arah tiupan angin.

ii) Angin yang kencang dari laut dan bertemu dengan halangan tanah tinggi ini akan menyebabkan hujan bukit.


iii) Cerun hadap angin seperti pantai Arakan dan pantai Tenasserim di Myanmar menerima hujan yang lebat

iv) Kawasan lindung hujan seperti Zon kering menerima hujan yang kurang daripada 1000mm




























JENIS TUMBUHAN SEMULAJADI




Hutan Monsun Tropika:


i) Hutan monsun tropika tumbuh subur di kawasan yang beriklim Monsun Tropika.

ii) Ciri-ciri utama:

-tumbuh-tumbuhan tidak terlalu rapat

-daun pokok luruh musim kemarau

-tidak mempunyai lapisan tumbuhan yang nyat

-tinggi pokok antara 20 -30m

-pokok lebih jarang dan konopi tidak bercantum

-bahagian bawah hutan lebih padat

-pokok tumbuh berkelompok



















Hutan Paya:


i) Terbahagi kepada 2 iaitu hutan paya air masin dan air tawar.

ii) Hutan paya air masin tumbuh di kawasan berteluk dan berhampira dengan sungai seperti bakau,nipah,pandan laut dan nibung.

iii) Akar ceracak pokok bakau menahan keadaan pasang surut.

iv) Akar muda dan hujung akar yang timbul membantu pokok bernafas.



Hutan Pantai:


i) Di kawasan pantai yang berpasir.

ii) Terdiri daripada pokok ru,mengkuang laut,lalang,pokok kelapa dan pelbagai jenis rumput.















No comments: