Monday, March 31, 2008

rumah melayu

Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.
Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.
Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Yakni pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem pasang-siap. Maka rumah itu boleh juga ‘ditanggal-buka’ dan di pasang semula di tempat lain, persis yang dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk Rumah Penghulu Abu Seman, yang dipindahkan dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur.
Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal sehingga ianya boleh diangkat melalui ‘gotong-royong’ orangramai dan dialih tempat.
Walaupun rumah yang benar-benar tradisional tidak menggunakan sebatang paku pun, namun diakui bahawa bagi rumah kayu yang lebih baru, ada juga elemen bukan struktur seperti isian dinding yang memakai paku.
Contohnya sifat paling ketara pada rumah tradisi Melayu ialah ianya didirikan atas tiang. Pelbagai kelebihan muncul dari ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan dari mudah masuknya binatang liar, serta terangkat dari aras banjir. Rumah juga lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong di bawah rumah (juga disebut ‘polong’) menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan segala macam barang perkakas.
Rumah Melayu juga selalunya terbahagi dua bahagian: yang utama dipanggil ‘Rumah Ibu’ (sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga), sementara bahagian kedua ialah ‘Rumah Dapur’. Pengasingan ini juga pintar – kebakaran selalunya terjadi dari api masakan; maka jika dapur terbakar, lebih mudah mengawal sebahagian tertentu seperti Rumah Dapur saja dan mengurangkan bahaya Rumah Ibu juga dijilat api dengan cepat.
Selain itu, selalunya di depan rumah mesti ada bahagian lantai yang lebih rendah dari aras Rumah Ibu. Ianya berbumbung tapi selalunya tak berdinding,). Ini dipanggil ‘serambi’, ataupun ‘selasar’ di setengah
Di belakang rumah pula ada ‘pelantar’ yang menjadi tempat kerja basah atau basuhan, yakni sama juga seperti konsep ‘ruang kerja’ atau ‘work area’ bagi apartmen dan rumah moden.
Rumah tradisi yang memang terangkat atas tiang bagi menambah pengudaraan itu juga ada pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap sependiri seperti ‘French window’, guna untuk masuk angin dan cahaya.
Dengan adanya berbagai keping ukiran berlubang di dinding bukan saja sebagai perhiasan, tapi juga bagi menggalakkan udara dan cahaya masuk menceriakan rumah. Ukiran-ukiran pada rumah Melayu berunsur corak geometrik atau tumbuhan (tiada corak fauna hidupan kerana larangan agama), dan banyak yang amat halus pengukirannya.
Bahan penutup bumbung tradisi, yakni anyaman pelepah daun seperti nipah ataupun bumbung genting tanah liat seperti yang dipanggil genting ‘Senggora’ di Pantai Timur Semenanjung Melayu, juga memainkan peranan menyejukkan rumah. Malangnya sekarang ini kepingan zink lebih disukai-ramai kerana ianya murah dan senang dipasang, tapi menyebabkan rumah lebih berbahang dan bising pula semasa hujan.
Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata atau leper), dan ada dua kategori utama: gaya ‘bumbung panjang’dan keduanya ‘bumbung lima’ atau ‘limas’ Bumbung panjang ialah jenis yang lebih mudah, yakni hanya satu perabung membentuk bukaan segitiga di kedua-dua hujung yang membenarkan pemasangan penutup
‘Bumbung lima’ ialah jenis yang ada lima perabung (atau juga empat perabung bagai piramid untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf). Lebih canggih lagi, ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil ‘limas’ (dari ‘lima emas’ karena suatu masa dulu hanya rumah orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau).
Dua-dua jenis bumbung ini boleh melahirkan apa jua kombinasi bentuk bumbung yang boleh difikirkan, dan ada tempat yang mempunyai corak bumbung tersendiri seperti bumbung rumah Minangkabau Negeri Sembilan (yakni sejenis bezaan ‘bumbung panjang’). Bumbung rumah tradisi juga pasti ada unjuran (emper/overhangs) untuk teduh dari panas dan hujan lebat. Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu dipasang cucur atap atau ' berukir.
Sesetengah rumah pula ada bilik di dalam rongga bumbung (iaitu seperti ‘attic’, kadangkala dipanggil ‘loteng’ atau ‘lenting’), hatta membuat rumah yang sedia terangkat atas tiang itu menjadi rumah tiga tingkat. Malahan telah ada istana kayu lama yang dibina setinggi lima atau enam tingkat, dengan struktur tanpa sebarang

konkrit

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.
Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.
Dalam bentuk biasa konkrit terdiri daripada simen Portland, aggregate pembinaan (biasanya batu kelikir dan pasir) dan air.
Konkrit tidak mengeras kerana kering setelah dicampur dan dituang; air bertindak balas dengan simen dalam proses kimia yang dikenali sebagai pengeringan mineral. Air ini diserap oleh simen, yang mengeras, mengikat komponen lain serentak dan akhirnya membentuk bahan seperti batu.
Konkrit lebih banyak digunakan berbanding bahan buatan manusia di bumi ini[1]. Ia digunakan sebagai laluan pejalan kaki, membina struktur, asas, jalan, jalan lintasan, struktur meletak kereta, dinding batu-bata, dan dasar bagi pintu pagar, pagar, dan tiang.

asbestos simen

Asbestos adalah sejenis mineral yang digunakan dengan agak meluas di Malaysia sebagai penebat haba. Contohnya di sekolah, ianya digunakan sebagai pelapik penunu Bunsen. (Ingat tak masa buat eksperimen di sekolah dulu, benda 4 segi tu). Salah satu kegunaan lain yang agak meluas di Malaysia ialah sebagai bumbung rumah (sebelum atap genting digunakan dengan meluas).Apabila pecah, debu atau partikel asbestos yang nipis dan panjang itu akan dihirup oleh sistem pernafasan kita. Partikel yang kecil itu akan “terlekat” pada paru-paru dan akan menyebabkan “scarring of the lungs” atau dengan nama lain “asbestosis“. Sabar dulu..jangan la semua bumbung and pelapik penunu tu kita nak buang. Selagi ianya tidak pecah atau retak, ianya selamat. InsyaAllah.Selain asbestosis, asbestos juga boleh menyebabkan “mesothelioma” dan “lung cancer“. Apa yang “menarik” berkenaan asbestos ini ialah, penyakit-penyakit yang disebabkan olehnya “lambat” datang. Asbestosis pada kebiasaanya terjadi 20-30 tahun selepas terdedah kepada asbestos. Manakala mesothelioma dalam jangka masa 30-50 tahun.Mesothelioma adalah kanser metholium. Metholium adalah lapisan tisu pada paru-paru, perut, jantung, dan organ-organ lain. Simptom mesothelioma bergantung kepada mesothelium mana yang terlibat, dan simptom-simptom mesothelioma tidak spesifik. Diantara simptom-simptom mesothelioma ialah:-o Shortness of breath (kesukaran bernafas)o Lower back, chest, or abdominal pain (sakit belakang, dada atau perut)o Cough (batuk)o Sweating (berpeluh berlebihan)o Fatigue (keletihan yang berlebihan)o Weight loss (turun berat badan)o Nausea and vomiting (loya dan muntah)o Haematemesis (muntah darah)o Facial oedema (bengkak muka)Courtesy: Trine & MetcalfMencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu kalau anda terjumpa atau ternampak asbestos, jangan “kacau” dia. Jika kita tak kacau dia, InsyaAllah dia tak ”kacau” kita. Wallahualam